it's all bout


I made this widget at MyFlashFetish.com.

la.la.la

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 24, 2013

The Conjuring menakutkan?


siapa dah tengok THE CONJURING...
me me me..
yeay! ( bunyi minion)

oke dari review semua org di Malaysia...
i mean through social network...
semua orang yg tgk cerita mesti cakap menakutkan..

but the true is...
yeap...
menakutkan BUT at some point aku gelak and rasa annoying.
why?
because minachi yg duduk sebelah aku tu tak habis-habis terkumat-kamit...

part suspense (hantu bakal keluar)
minachi : maaak..maaak..maaak.. (whispering)
then...
aaaAAAaaaaAAaaa..

nasib baik aku pegang popcorn...
kalau tak memang "makan" la minachi tu..
yg boyfriend dia plak bergesel-gesel dgn minachi tadi...
pastu pura-pura tido...
wth dude!
ko jgn ingat dlm kegelapan aku tak nampak.
(nampak tak permainan dia..hahaha)

paling annoying the last scene..
minachi tu jerit betul-betul sebelah telinga aku..
at that moment aku memang tak boleh sabar..
aku menyumpah..
"bahabi tol.."
(not sure dia dengar ke tak..ahahah..)

tapi paling best kalau tegok wayang ni...
audience reaction...
part terkejut tu aku dengar suara anak-anak dara je..
yg laki control macho gelak-gelak..
macam aku?
aku macho?
something wrong somewhere..
kekekekekekekeke..

tapi aku rasa macam cecomeyh je dorang jerit-jerit..
except minachi tadi la..
memey aku anti minachi tu..
(walaupun tak kenal)

for me cerita ni boleh la..
saya bagi...
trrrrrr... (drum roll)
4/5 bintang..

yang membuatkan cerita ni menakutkan sampai sekarang...
maybe sebab it based on true story..
true story..!

so if sesiapa yg rasa mcm malas nak pergi tgk wayang...
korang mungkin rigu sikit..
oke malas nak delete..
rugi..
because korang tak share experience dgn org yg kat situ..
best tgk ramai-ramai..
boleh gelak sama-sama..
menangis sama-sama..
menjerit sama-sama..

apa-apa pun jgn buat mcm minachi tadi..
itu takde sivik namanya.

Bathsheba (the witch)

Wednesday, August 21, 2013

i want it so bad!



this is 4c funny lens for samsung SIII...
aku mula-mula minat bila aku tengok dalam cerita SEVEN SOMETHING (thailand)


SEVEN SOMETHIING MOVIE (FULL) (watch here)

in this film ada 3 cerita...
and the best part is ada NICHKHUN...
oke..
maybe for kpopers...

anyway...
aku da lama mengidam casing ni...
mana la nak cari kat Malaysia ni...
klo ada pun harga dia mesti vom vom..

ni antara effect dia..
oke memey la kita boleh edit...
but but but..
nak jugak...

kalau amik video pakai ni rasa macam
AWESOME je..


Wednesday, July 10, 2013

chaiyok chaiyok

CHAIYOK!!~ CHAIYOK!!~
selalu tak guna perkataan nih instead of goodluck or selamat berjaya [sound skema huh..=p] ?
okay, meh sini saya kongsi something meh.

actually, pronounce nya bukan Chaiyoklah! kalau ikutkan mandarin,

'chaiyok' sounds like 'vegetables(菜) and oil(油)

OMG? What?? are you serious? o_O
kelakar gilerrr bila pikir2 yang dari dulu lagi selalu dengar orang wish 'minyak sayur! minyak sayur!' before masuk exam hall....XD
dapat bayangkan tak kekelakarannya?
omg! my bm sungguh dasyat! =p



( taemin pon vibrate baca statement ni)

okayyy....sebutan yang betul adalah

加油 = jiā yóu=add oil
which also means, 'encouraging a person to not give up and keep moving forward'.

so, lepas nih, kalau nak wish member, sila cakap 'Jia You' instead of 'Chaiyok'....mesti ade member2 chinese akan tersedar, 'eh, budak nih dah tak wish 'minyak sayur' lah!' XD

notakaki :
now, we know~ cepat2 tepuk tangan tepuk bahu sendiri tanda happy sebab dapat ilmu baru...=D


( weeeeee...)

Thursday, May 16, 2013

kepada afiq muiz

tetiba industri hiburan Malaysia sekarang kecoh pasal Afiq Muiz anak derhaka...
dulu aku minat gak la tgk muka dak ni..
budak la coz dia bawah aku.


tapi yg terpanggil untuk aku bukak kes dorg dlm blog aku ni..
pasal EINA AZMAN BERI TEMPOH TUJUH HARI UNTUK IBU AFIQ MINTA MAAF.
what the fish ball..
weyh..lom penah seorg ibu mintak maaf kat anak dia la weyh...
ataupun ko nak org tua minta maaf kat kau?
eh hello menachi...
ko lagi besar dari dia ke sampai dia yg nak kene minta maaf dgn ko..
ini nak jadi menantu dia?
Afiq Muiz tolong la bukak minda..
kalau ibu ko sendiri pun dia xleh nak bertolak ansur...
ko pikir ko da kawen ti macamne..

seorg ibu itu...
walau mcmne jahat dia sekali pun..
kalau dia yg lahirkan kita...
kita harus terima dia...

perempuan/lelaki boleh tinggal kita dlm sekelip mata je..
tapi seorg ibu tidak..
darah yg mengalir dlm tubuh kita itu adalah darah dia jugak..
dia yg menjaga kita..dia yg melayan kerenah kita masa kecik..
(klo ko jaga budak kecik dari dorg baby,ko faham la maksud aku ni..sebab aku yg jaga anak buah aku ni pun terasa tanggungjwp seorg ibu tu mcmne..)

klo ko nangis...kene hiburkan ko...
klo ko jatuh...kene pujuk ko jgn nangis..
klo ko tercirit dlm pampers..kene basuh cepat2 takut ti kulit kene ruam...
bila ko da besar...ko nak mainan,kene belikan..
ingat senang ke?

dalam keadaan begini..
kepada Afiq Muiz...
sebolehnya dekatkan diri dgn Allah supaya boleh buat keputusan dgn bijak..
kalau mereka da tiada, jgn menadah tangan sambil menakung air mata menyesal..

sebagai seorang anak kita mungkin ada sedikit perasaan marah terhadap mereka sebab kdg2 mereka berlainan pendapat dgn kita..
tapi cuba berfikir jauh dan berfikir positif..
lebihkan berfikir mengenai seorang ibu...
in sya Allah semuanya akan pulih.


Friday, May 10, 2013

politik vs kpop

kpop - hiburan
politik - melibatkan negara

sebagai peminat kpop aku agak keseganan dgn tindakan segelintir kpopers yg mencalarkan status kpopers...
kang aku maki sorang-sorang,dikatanya racist.. (tetiba)



aku nasihatkan kepada kpopers,jangan la libatkan soal hiburan dgn politik..
biar la concert batal ke pe..
kalau korg da beli ticket ofcourse dorg akan refund balik..
so apa de hal..
bukan benda besar pun kalau benda tu settle dgn baik..
sejujurnya bukan aku sorg je tapi ramai kpopers yg lain jadi mangsa sebab stats tak masuk akal tuh...

kalau ye pun nak marah again jgn libatkan politik..
marah sorg-sorg sudah..

kerana nila setitik , habis kain putih jadi biru.. hahahahaha..
hwaiting!



p/s : yeay! aku dah dapat LeeSsang cap yg aku idam-idamkan..









(suka sangat-sangat... kekekekekekekeke)

Saturday, March 23, 2013

buat mereka yg terluka


bila orang yg pernah menyayangi kita,menyayangi org lain...
hati kita pasti akan terasa sakitnya...
tapi jika kita cuba utk tersenyum padanya saat kita sakit...
ianya akan memberi kita satu semangat yg positif...

menangislah jika perlu..
tapi tidak didepannya..

jika dia bercerita mengenai kebahagiaannya dgn org yg mereka syg,
tunduklah jika terasa sakit...
kerana mata kita akan kelihatan sayu pada ketika itu...

senyuman yg terukir dari wajah org yg tluka adalah senyuman yg luar biasa...
mungkin tidaklah begitu ikhlas senyumannya..
namun senyuman mereka mempunyai pelbagai perkara yg tersembunyi..

ketahuilah...
disetiap senyuman yg mereka ukirkan...
tersimpan beribu titis air mata...

sakitnya bila kita mengejar org yg tak nak kat kita..
dan tanpa kita sedari...
org yg kita selalu berkongsi masalah...
dia menyimpan perasaan terhadap kita..
tapi sygnya..
disaat kita tersedar kehadiran mereka..
mereka pula yg meninggalkan kita jauh...
mereka menolak kita sehingga kita jatuh dan terasa ingin menangis kesakitan...

tapi yg mampu kita lakukan..
hanya berdiam...


Saturday, March 9, 2013

doa untuk kekasih

antara ayat-ayat yg buat aku menangis bila aku hayati setiap kata-kata yg terkandun didalamnya.


Dengan nama Allah
Yang Maha Pengasih lagi maha penyayang

Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi

Ya Allah
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah Ya Tuhanku
Yang maha mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannga jauh ke dada langit
Hilang bersama senja yang merah
Agarku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya

Ya Allah yang tercinta
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Sesungguhnya Engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah cukup Engkau sahaja yang menjadi pemelihara ku
Didunia dan diakhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini
Janganlah engkau biarkan aku bersendirian
Didunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Agar aku dan dia dapat sama2 membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah


Ya Allah
Berikanlah kami kebahagiaan didunia dan kebahagiaan diakhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka
Amin…amin…ya rabbal alamin….



Saturday, February 2, 2013

kpop : good or bad

KPOP...
mesti anti-kpop x happy baca apa yg aku tulis ni..
miahahahaha..
papapun renungan bersama..

macam-macam yg KPOPERS dengar..
- Kpop buat remaja sekarang sexy sebab semua artis korea sexy-sexy
- Kpop buat remaja lupa solat sebab pergi concert
- Kpop muzik dorang tak best.banyak menari-nari je
- Kpop bosan
 and more bla bla bla..

my opinions :
1. sebelum Hallyu / Kpop ni famous,ramai ke remaja yg alim-alim.Even sebelum Kpop wujud pun rasanya lagi teruk rasanya.Ramai remaja2 yg berpakaian mencolok mata malah lagi extreme pakaian dorg dari artis Korea.

2. jap..yang pegi tengok bola kat stadium tu ramai yg solat ke?bukan nak sentuh mereka yg suka tengok bola tapi tu salah satu contoh jgk and lagi satu,dalam dunia ni ada konsert kpop je ke?yg pergi konsert2 lain xnak sentuh?

3. lagu2 dorg la yg sesuai utk buat korg bersenam.kalau semua lagu meleleh je mcm lagu2 jiwang yg zaman 80-an,90-an dulu,i'm sure semua org akan dpt penyakit jantung.sebab pe,xde semangat nak bersenam.
Lain org lain tastenye darisegi muzik.ada org suka lagu yg slow..ada org suka lagu yg rancak..ada org suka lagu yg heavy..so Kpop adalah salah satu genre muzik yg datang dari Korea.and ofcourse la ada dance,da namanya pun Pop...xkan nak berdondang sayang plak.

4. kpop bosan?maybe korg cuma tgk muzikvideo dorang je kot.cuba la tengok2 variety show dorg.semuanya brilliant and banyak game yg mencabar minda dan stamina.sebagai contoh RUNNINGMAN.maybe 1st time korg tengok,korg akan rasa mcm,"ape ni?mcm bangang je..tu pon xleh buat.."but korg kene tgk episode2 lain jgk..itu menunjukkan kemahiran seseorg tu ditahap mana..
contoh,baling botol dlm bakul,ada yg boleh buat,ada yg x boleh.
so if korg x boleh nak terima muzik Kpop,cuba korg tengok variety shows yg dorg ada.
RUNNINGMAN adalah satu permulaan yg baik utk ditonton..
even my mom yg x minat kpop pun tertunggu2 bila rancangan tu dikeudarakan di tv...

5. artis Kpop laki suka tayang badan..oke..mereka bukan Islam..oke jawapan cliche..tapi sebelum Kpop pun ramai gak artis lain yg suka tayang2 badan..even artis Malaysia pun ramai la..Islam tu..tu pon pengaruh Kpop gak ke?so jgn la sebab nak cari point salahkan Kpop korg bagi jawapan yg main tuduh2 je.
lagi satu..tu pun leh jadi inpiration utk lelaki2 kat luar sana utk kempiskan perut and timbulkan abs mcm dorg..
pompuan suka tgk aurat lelaki sebab xpakai baju?
eh hello..korg ni baik sgt ke?abis tu dulu2 pun korg mesti penah tgk blue..
tipu la klo korg x penah tgk.benda tu berlaku setiap tumbesaran dari kanak2 ke remaja.
normal.
yang x normal klo korg x tgk / terlebih tengok.tu je.itu lagi..semua tak pakai.pfft..

6. artis lelaki Kpop gay..mana korg tau dia gay?sebab dia pakai smart2..kurus...rambut berfashion korg panggil dorg gay?abis tu nak suh dorg botak je ke?da macam toyol je semua botak.
normal la tu bila berfashion.itu namanya Metrosexual..and lagi satu..
dorgkan artist..and itu bukan baju pilihan dorg tapi org lain yg pilihkan...
takkan nak perform pakai tracksuit je..muahahahahahah...
agak-agak la kan..

- yang lelaki suka kiss lelaki lain..macamne nk explain kat korg ek..dorg dlm kumpulan,dorg da anggap mcm adik beradik sebab dorg bukan terus2 je kuar jadi artis mcm Malaysia..
dorg akan dilatih dari kecik lagi / sejak dorg muda..so bila da bertahun2 bersama..mesti la perasaan syg tu ada..
ala..mcm korg yg g plkn tu la..
tu baru 3 bulan..tu pon korg da kamceng an..inikan plak dorg yg bertahun-tahun tu..
so dorg bukan gay..tapi dorg suka bergurau2..and ada org yg suka beri kasih syg lebih dkt org lain..and tak semua artist korea mcm tu..

7. artist kpop semua plastic..itu semua kehendak manusia...dorg pun manusia biasa jgk..and dorg buat tu semua sebab nak tarik perhatian org..da nama pun artist..mesti la nak cantik dari semua segi..
lagipun dorg bukan Islam...eh artist Malaysia pun ada yg buat plastic surgery..korg x kecoh plak..
Islam tu..yg bukan Islam gak korg nak kecoh2kan..
lagipun most of them xde la plastic semua..

- double eyelid
- nose

bukannya 1 badan dorg plastic...
tapi anti kpop punya kecoh,mcm dorg buat satu badan plastic..
abis tu mendiang Micheal Jackson tu cane plak..
he's still a legend until today rite.


- well papepun biasa la..setiap benda tu mesti ada anti-nya..even UAI pon ada yg anti...
- cuma bagi yg anti Kpop tu...just nak bagitau la..setiap org,lain minatnya..and tak semua kpopers ni bila dgr Kpop or apa2 yg berkaitan Kpop dorg lupa agama...itu zaman heavy mental..eh heavy metal boleh la..
- ni Kpopers dok umah je pon layan kpop..pon korg nak bising..bukannya kami pegi baling cat umah korg ke..g blasah org sampai mati ke..sembur gas beracun kat org awam ke..amik duit korg then labur utk beli rantai yg berjuta-juta ringgit tu ke..tidak..
- kami hanya berkongsi minat dalam genre muzik..bukan bermakna kami tak sokong artis Malaysia..
- eh kami still dgr la radio2 kat Malaysia ni so secara automatically,kami masih dgr lagu2 artis Malaysia.

Friday, February 1, 2013

Apple Hairstyle

Apa tu Apple hairstyle ni?
- korg mesti penah tgk apple yg ada daun tu kan..ha..tu la maksudnya.
- rambut korg diikat sikit kat bahagian tengah / tepi..
- biasanya utk effect cute / elegant.

Sebenarnya aku dari dulu lagi suka benor tengok awex yg buat rambut apple hairstyle ni..
sebab aku rasa mcm comel benor..
and kalau boleh jgn la bagi aku nampak awex yg ikat rambut gini sebab mata aku akan bertukar menjadi cctv.. miahahahahaha...

Example :


Hyuna 4minute

IU

Taeyeon SNSD

Boram T-Ara

- sebab tu awex aku skang Boram T-Ara... hahahahaha...
- sebab tu banyak pix dia kat atas ni sebab dlm byk2 K-Idol dia je yg rajin buat apple hairstyle ni.


- aku kalau time2 tengah panas je la buat apple hairstyle ni.
- so utk nampak comel...cuba la hairstyle ni.

Tuesday, January 22, 2013

kau & dress

da lama aku tinggalkan dunia college.
dan aku tinggalkan org yg aku suka tanpa berkata apa-apa.
dia pun mcm da xnak je jumpa dgn aku lagi.

i was shocked bila bukak tweet and tgk pkembangan dia.
dorg makin rapat.
dan yeah.
makin lupakan aku.



tapi yang aku terkejut dan tergamam jap.
bila aku tgk tweet icon capital S..

dia pakai dress...
selama ni aku cuma dpt bayangkan je..
tapi bila aku tgk gambar tu..
aku rasa sedih..
tak tau la napa..
sedih tapi happy..

aku happy sebab dia makin comel..
tapi aku sedih sebab aku tau akan ada someone yg akan amik hati dia nanti..
dan org tu bukanlah aku.



*sayangnya, aku tak dpt tgk depan2 dia pakai dress tu.

* aku takkan pernah lupa saat pertama kali aku rapat dgn dia.time tangan aku terkepit kat pintu kolej.hehe.
* then saat2 akhir aku dikolej.setiap kali berjumpa mesti kiteorg akan bgusti dulu.tak sangka rupanya itulah kenangan manis yg terakhir aku dapat rasakan disamping dia. (sriusly aku tgh tahan nangis oke)

saya rindukan awak.
rindu nak kacau2 awak.
rindu nak sikat2 rambut awak.
rindu nak buat awak tergelak.
rindu bila awak panggil saya HOI!
dan saya sangat sangat rindukan awak...



( cintailah mereka yg menerima kita ketika kita masih dlm keadaan sederhana dari mereka yg mcintai kita kerana kita semakin cantik)