it's all bout


I made this widget at MyFlashFetish.com.

la.la.la

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 26, 2012

mari bersyukur.

Pagi Hari Raya Aidiladha..
rumah aku diserang oleh MakLang bersama anak2 dan cucu2nye..
fuuuh....
kenmain bersemangat..
siap pakai baju sedondon semua.
Alhamdulillah...
orang kata..tak semestinya Hari Raya Aidilfitri saje yg kene sambut dgn penuh semangatkan.

petang tu aku pun duduk2 la berehat.
(padahal bangun kol 10 am neyh..)

then tukar2 channel tv...
tetiba ada drama neyh.
tajuk dia PANGGILAN BAITULLAH. ( http://www.perekacerita.com/2012/10/panggilan-baitullah-download.html# click untuk download drama )
sinopsis :
Sebuah drama yang sarat dengan masej pedoman ini menceritakan tentang Abdullah, seorang hartawan yang suka menunjukkan kemewahan miliknya kepada orang ramai. Bagaimanapun, apabila tiba masa untuk dia berangkat ke Mekah, Abdullah berasa semakin gelisah. Dia sering bermimpi mengenai seorang tukang sepatu dari Pekan Alor Gajah bernama Haq yang tidak dapat menunaikan haji tetapi diterima hajinya. Abdullah menjadi semakin binggung kerana hampir setiap malam dia didatangi mimpi yang sama. Semenjak itu, Abdullah mula berusaha mencari Haq. Berjayakah Abdullah menemui Haq? Adakah benar lelaki bernama Haq itu wujud dan siapakah Haq sebenarnya? 


aku pon bersemangat giler nak tau sapa yg jadi Muhammad Haq bin Idris tu.
lama betul nak tunggu...
sampai la part Haji tu tunggu Haq depan rumah dia...
menjerit plak aku tgk yg jadi Haq tu..
Fahrin Ahmad rupanyaaaaaa..
(lama giler x tgk muka dia..)

lepas tu keluar la kisah kenapa Haq tu x dpt nak tunaikan haji...
menangis2 aku tengok.
agaknya masih ada ke org yg macam Haq tu ek...

walaupun hidup dia sendiri susah tp dia tetap boleh membantu orang lain yg lebih susah dari dia.
bayangkan seorg tukang kasut yg meniaga tepi jalan tu boleh membantu orang lain.
membayar kos pembelanjaan utk org lain.

sedangkan kita..
ada yg bkerja dan hidup mewah..
nak hulurkan rm10 pon tgk atas bawah..
astghfirullah...

memang la ni drama tapi realitinya kita xtaukan..
mungkin ada golongan yg masih mempunyai nilai2 kemanusiaan yg tinggi mcm Haq ni.
amin...

masa tgk drama tu...
tetiba aku terfikir...

sedang kita enak mengunyah Samurai burger,
masih ada mereka/anak2 kecil yg belum pernah menyentuh Mcdonald seumur hidup mereka..

sedang kita memarahi,menengking,menghina kedua ibu bapa kita,
masih ada mereka yg tidak pernah dpt ataupun masa mereka terlalu singkat menerima belaian kasih syg dari seorg ibu mahupun bapa...

kadang2 kita tak nampak...
kita memiliki apa yg orang lain impikan...
cuma kita kadang2 lupa utk bersyukur.

ni jgk menjadi pedoman atau sbg peringatan buat diri sendiri jgk.

aku siap download drama ni..



No comments:

Post a Comment