it's all bout


I made this widget at MyFlashFetish.com.

la.la.la

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 9, 2012

tudung owh tudung..

Tudung Fareeda...
semakin menjadi kegilaan bagi mereka yg memakainya.
sehinggakan mereka sanggup beratur seawal jam 7 pagi didepan butiknya yg terletak di Bangi.
termasuklah akak aku.
pukul 7 pagi bertolak dari Seremban ke Bangi semata-mata ingin berebut tudung ekslusif Fareeda.
tanpa bersarapan aku pun menunggu la dgn akak aku.
macam2 ragam..
semua pakai tudung Fareeda je..
da mcm dlm game.
hihihih..

ni baru separuh yg terawal.
lom lagi pix kat belakang.

tetiba ada makeup artis datang..
khabarnya ada shooting.
aku yg dgr tetiba mcm waaaauuu..!
sape artis dia?Fahrin ke?
then aku dgr la dia cite..
die kata Aaron Aziz bz..
Fahrin pun bz..
Fizo pun bz aku rasa..

then setelah beberapa jam menunggu tanpa duduk.
datang la sebuah kereta hitam dgn cermin yg gelap..
semua mcm excited gyler..
"sapa artis dia?"
"sapa datang tu?"

kereta pun pun keluar masuk keluar masuk sbb shooting kunun2 dia datang ke butik tu.
then aku dgr sore2 kecik bcakap
"awal la.."
"la..awal aku da jumpa da"

tetiba..
keluar la seorg jejaka berbaju belang berwarna gelap.
berambut panjang separa bahu.
hidung mancung,kulit putih,badan sasa,ada tahi lalat kat hidung.
sape?sape?sape?

lelaki itu adalah...

JEHAN MISKIN..!
oke la..aku ngaku.
masa mula2 aku tgk dia dlm 3R dulu aku x ske sgt tgk dia.
semua menjerit bila tgk Jehan Miskin keluar..
da x hirau da pintu butik tu terbuka.

then Jehan menemu ramah mereka yg ada kat situ.
then bila Jehan nak pergi ke belakang dia sempat menepuk bahu abg ipar aku.
friendly gak dia ni.





kiteorg tanpa berfikir terus masuk.
sampai kat akak aku kene tahan pulak tunggu kat luar.
aku da cuak da coz cameraman betul2 depan aku.
aku pun berlari ke belakang cameraman tu.
tetiba Jehan dtg ke arah aku then ada org cakap..
"ni la tokey besar tu.."
Jehan pandang aku dgn heran sambil hulur tangan..
aku pun salam la..
org da hulurkan..
hihihih..
sekali silap org da...
semua gelak je.
ceyt..malu tapi sesweet.


ni lepas dia salam aku.
eh nape abg tu lak yg beria-ia pandang aku?
hesh..

then aku pun masuk la ke dlm butik.
dan menunggu lagi.
byk tol proseskan.
ha..bukan senang oke nak beli tudung dkt butik Fareeda ni.
perlukan kesabaran.

tetiba aku tgk ke belakang.
alamak..
Jehan masuk plak..
then dia bdiri sebelah aku.
"haaaiii...(mengeluh.bukan say hi oke.)
"ni beli tudung jugak ke?"
dgn tkulat2 malu + selamba zirafah aku jawap
"eh xla..saya ikut dia je" (sambil tunjuk arah akak aku)
dia punya gelak.
alahai..gelak mu membuat ku terngiang-ngiang.

bila turn kiteorg utk masuk,aku pun berlari la nak grab tudung yg org kata Hot!
giler betul.
org bertolak-tolak.
aku baru je masuk kat counter tu,org da tolak-tolak aku.
nasib x tercium meja counter tu.
punya la extreme akak yg nak beli tudung Fareeda.

grab punya grab..
nak pegi la membayo.
mak aih..
nak bayar pun berebut sebab tudung yg ditawarkan diletakkan di counter.
sape xnak.
semuanya cantik-cantik belaka.
aku yg tak btudung pun jadi minat.
apetah lagi mereka yg betul-betul meminatinya.


time nak bayar tu aku pun cuci-cuci la mata tgk Jehan Miskin yg bz shooting.
dlm hati aku ckp
"agak-agak sempat x aku nak bergambar dgn dia ek"
then tetiba dia cakap kat semua org
"oke..bye semua..shopping baik-baik ye"

aku : "owh..tidaaakkkk..Jeeeehaaaaannn..tunggu dakuuuuu"
xpe la.xde rezeki kot.
then kiteorg pun keluar la dari butik tu sebab org yg menunggu kat luar da mcm piranha.
hihihihi..
tetiba..
aku nampak Jehan ada kat luar tu.
aish!
dan masa tu jugak akak aku ajak dia bergambo.
oke la.
aku amikkan.
dia senyum kat aku sampai tak tertekan plak punatnya.
(ciahahah..punat tuh)


then Jehan pun berpusing nak cakap dgn pekerja kat situ..
aku baru nak suh akak aku amikkan pix aku dgn dia.
akak aku suh aku g kat dia.
entah mana dtg aura berani dan mahu dlm diri aku..
aku g ke arah Jehan then aku tepuk perlahan-lahan bahu dia.
dia pusing then aku terus ajak bergambo.

kiteorg pun bergambo la..
yg xleh blah.
dia pegang bahu aku tuh.
aku mcm..erk..oke..wow..!
ciahahaha..


abaikan rambut aku and muka yg kepenatan.
dari kul 8am sampai la kul 12 pm kot.
sape tak lunyai kat situ.
hihihih..

maka tersenyum-senyum la aku time balik tu.

papepun.
bagi aku tudung Fareeda ni adalah sesuatu yg HARUS dimiliki oleh mereka yg memakai tudung.
dan pada mereka yg kurang berkemampuan,tidak menjadi halangan kerana mereka juga menawarkan tudung dengan harga yg murah tetapi masih berkualiti.

aku yang dari taktau papepun da boleh hafal sikit-sikit nama-nama brooch mereka.



ni name dia brooch Jambatan.
kan macam jambatan tu.
(jambatan Tamparuli ka itu?)
hihihih..


yang pulak brooch Padi.
da nampakkan padi nye.
pasni kuar brooch Beras kot.
hihihi


yang bulat tu aku taktau brooch ape.
nama tudung tu pulak Suzanna.
ciri-ciri : ada ribbon.
yg sebelah tu brooch Ramping?
lebih kurang la.
yang bunga-bunga tu ekslusif.
hanya ada beberapa belas helai sahaja.
(aku ske tgk yg tu sebab nampak sweet)


yang sebelah tu warna Hot!
semua org memang cari la colour tu kot.
yang sebelah tu pulak selendang leopard.
selendang leopard tu pun ekslusif.
ada beberapa helai je.
tapi tak ramai yg pakai selendang tu.
tapi aku ske sebab senang.
dia da siap jahit sekali bahagian dlm.
just lilit sikit je da boleh jadi cantik.
selesa pun selesa gak dari selendang yg dijual berasing.

kepada jelitawan Fareeda.
nasihat saya semasa hendak membeli..
silalah jaga tatasusila.


No comments:

Post a Comment