it's all bout


I made this widget at MyFlashFetish.com.

la.la.la

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 21, 2012

BERSYUKURLAH SEANDAINYA MASIH ADA YANG INGIN MENGGEMBIRAKAN KITA.


 Mungkin  kita tak ada yang 'ini' tapi kita ada yang 'itu', atau mungkin kita tidak pernah cuba untuk menggembirakan hati kita??


6 cara-cara memperolehi kebahagian, tanpa memerlukan satu sen pun. 
(kebahagian tidak boleh dibeli.Kebahagian bukanlah apabila kita beli beg Prada atau mesin basuh baru. Kebahagian bukanlah bila orang nampak kita senang, kita ada itu kita ada ini...orang respect kita..then kita pun bahagia... apa akan jadi bila kita hilang semua itu? adakah orang akan pandang kita lagi?)


1.Berhenti membandingkan diri kita dengan orang lain

Membandingkan diri kita dengan orang lain tidak akan menghasilkan apa-apa yang baik. Samada kita akan merasa bangga apabila kita berada di atas, atau merasa cemburu dan kecewa apabila kita berada di bawah. Tiada seorang pun daripada kita yang tahu akankegembiraan yang sebenar. Berhenti membandingkan diri kita dengan orang lain tetapi berdoalah untuk  menjadi yang terbaik.




2.Bersyukur dengan apa yang menjadi milik kita.

 Terdapat begitu banyak perkara yang boleh dan harus kita syukurkan, tetapi kita sering lupa akan merekaSiapakah selama ini yang berada dibelakang kita? Ibu kita, ayah kita, kawan2 kita atau seseorg yg dlm diam menyayangi kita, kesihatan kita,pekerjaan kita. Dan apa sahaja yang menjadi milik kita.Apabila kita menyedari betapa bersyukurnya kita, kita pasti akan lebih bahagia.


Mungkin kadang-kadang kita perlu untuk merasai "kehilangan" untuk membuat kita menghargai apa yang kita ada sekarang. 
 
Tak tahulah apa pendapat semua, tapi kalau boleh kita 
belajar untuk menghargai perkara yang kita ada tanpa terlebih dahulu mengalami kehilangan



3. Cari suara hati.

Untuk mencari kebahagiaan sebenar, kita perlu mencari suara hatiLuangkan sedikit masa yang tenang untuk menyelami jiwaApa yang akan membuat hidup kita lebih bermaknaApakah kegembiraan yang sebenar bagi kita?

ceritakan kepada seseorang yang paling rapat dan faham akan kita. Selalunya dia ialah pasangan hidup kita. Jadikanlah pasangan hidup atau seseorg yg selalu mengambil berat mengenai kita sebagai kawan karib.


4Bantu seseorang atau sesama kita.

Memberi adalah kunci penting untuk kebahagiaanWalaupun kita sering berfikir bahawa kita akan lebih bahagia apabila kitamenerimayang sebenarnya adalah, kita lebih bahagia apabila kita memberiIni juga merupakan salah satu perkara yang paling sukaruntuk dilakukan



5.Mengucapkan terima kasih

Kadang-kadang kita terlalu biasa dengan orang di sekeliling kita dan  kita lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada merekaOlehituluang sedikit masa untuk mengucapkan 2 perkataan ini.




6. Tersenyum

Perkara paling mudah namun impaknya paling besar. Tapi masih ramai yang tak suka senyum. Entahlah tak tahu kenapa. Kan ada satu lagu tu yang cakap.. Kacak luar, kacak dalam kacak dengar sini,kalau saya senyum,awak mesti senyum sekali, kalau kita senyum,semua orang berjangkit, bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit.SENYUM-tak perlu kata apa apa.

No comments:

Post a Comment