Kamu.. boleh aku bertanya?
Adakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan nama ku, senyuman ku, kasih sayang ku di mainan jalanan hari-hari mu? Tiadakah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum atau merindui ku?
Kamu.. boleh aku bercerita?
Aku rindu kamu, sentiasa ingat kamu.. Kadang tikanya aku mendengar lagu2 yg mengingatkan aku pada kamu dan tanpa sedar air mata jernih ku mengalir.. ingat kan kamu... ingat kan kamu.. rindu sungguh pada kamu..
Kamu.. boleh aku bertanya lagi..?
Kamu bahagia di sana? Kamu gembira di sana? Senyumkah kamu di sana? Tawa kah kamu di alam tanpa ku? Telah ketemu kah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah yang kamu dambakan? Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?
Kamu.. boleh aku bercerita lagi?
Aku rindu kamu, rindu memeluk tubuh kamu dan membuat kamu bahagia... Aku tahu kamu milik orang dan aku terpaksa menerimanya..kerana aku mahu lihat kamu bahagia. Dan laksana itu aku menjauhkan diri membawa kata hiba untuk diri ini. Tiap kali aku memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai kamu pada mata jiwa ku.. aku memandang kamu yang bercahaya gembira di sana... Dan maha sesungguhnya aku mahu berada di samping kamu bertawa gembira, bercahaya purnama tapi aku pilih untuk melihat dari jauh demi bahagia kamu, demi gembira kamu bidadari hati ku..
Kamu.. boleh aku bertanya?
Kenapa airmata ku mengalir tika menitipkan kata monolog jiwa ku ini? Sengsara kah aku? Kamu...
Separuh Jiwa Ku Pergi - Anang (click the title)
Separuh jiwaku pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
kau main hati
dengan sadarmu
kau tinggal aku
Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku
Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua
Benar ku mencintaimu..
No comments:
Post a Comment